Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atau Bukit Jalil Sports School (BJSS) merupakan sekolah sukan yang pertama di Malaysia. Sekolah ini terletak di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sekolah Sukan Bukit Jalil dibuka pada tahun 1996 dengan pengambilan atlet yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat.
Pada 2009, Sekolah Sukan Bukit Jalil memiliki 280 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 470 orang. Ia mempunyai seramai 90 orang guru.2009
Bekas pelari pecut dan Olahgarawati kebangsaan Marina Chin menjadi pengetua sekolah ini sejak 2007.
MISI
- Berusaha menjana atlet yang berpotensi ke arah bertaraf dunia.
- Melahirkan atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik
- Melahirkan atlet yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai semangat patriotik dan semangat juang yang jitu.
- Memupuk keyakinan atlet terhadap profesion dan industri sukan.
- Membudayakan sukan dalam kehidupan seharian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar